PERJANJIAN
PENTING: Sebelum menyerahkan Borang Pendaftaran Nama Domain kepada .my DOMAIN REGISTRY dan/atau pembaharuan pendaftaran untuk satu nama domain .my, anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pedaftar (Registrant)") diminta membaca Perjanjian ini dan peraturan, polisi, dan prosedur .my DOMAIN REGISTRY yang diterima pakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jadual Bayaran, Dokumen Sokongan dan polisi dan peraturan bagi resolusi pertikaian nama domain .my DOMAIN REGISTRY.
Perjanjian ini menetapkan terma dan syarat yang menguasai pendaftaran dan/atau pembaharuan pendaftaran nama domain .my. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama-sama peraturan, polisi dan prosedur .my DOMAIN REGISTRY yang diterima pakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jadual Bayaran, Dokumen Sokongan dan polisi dan peraturan bagi resolusi pertikaian nama domain .my DOMAIN REGISTRY, seperti yang dipinda dan ditambah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa.
Dengan menyerahkan Borang Pendaftaran Nama Domain kepada .my DOMAIN REGISTRY dan/atau mendaftar/menggunakan nama domain .my, Pedaftar (Registrant) mestilah memastikan bahawa Pedaftar (Registrant) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat Perjanjian ini dan peraturan, polisi dan prosedur .my DOMAIN REGISTRY yang diterima pakai, seperti yang dipinda dan ditambah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa.
Perjanjian ini akan berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran dan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya selagi wujudnya pendaftaran nama domain tersebut.
1. Definisi
Untuk tujuan Perjanjian ini, definisi berikut hendaklah digunakan:-
1.1 "Administrative Contact" bermaksud seseorang yang dinyatakan di dalam borang pemohonan atau dalam sebarang notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Regisrant) ( menurut prosedur yang telah ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY );
1.2 "Billing Contact" bermaksud orang yang dinyatakan dalam borang pemohonan atau dalam sebarang notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar ( menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY );
1.3 "Bayaran" bermaksud bayaran terperinci di dalam Jadual Bayaran, termasuk bayaran pendaftaran dan bayaran pembaharuan dan bayaran-bayaran lain yang mungkin dikenakan oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa;
1.4 "Jadual Bayaran" bermaksud jadual yang menyatakan Bayaran dan bayaran lain yang perlu dibayar oleh Pedaftar (Registrant), yang mungkin diubah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa;
1.5 ".my DOMAIN REGISTRY" bermaksud MYNIC;
1.6 ".my DOMAIN REGISTRY" (iaitu Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia) bermaksud MYNIC Berhad (735031-H);
1.7 "Pedaftar (Registrant)" bermaksud orang atau organisasi yang telah memohon nama domain, seperti yang dinyatakan di dalam borang pemohonan dan/atau seseorang Pedaftar (Registrant) sedia ada yang mengekalkan pendaftaran nama domain dengan .my DOMAIN REGISTRY;
1.8 "Tarikh Pendaftaran" bermaksud tarikh nama domain yang telah didaftarkan dengan .my DOMAIN REGISTRY; dan
1.9 "Technical Contact" bermaksud seseorang yang dinyatakan dalam borang pemohonan atau dalam sebarang notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Registrant) ( menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY ).
2. Pedaftar (Registrant) bersetuju:
2.1 bahawa pendaftaran nama domain adalah atas dasar "siapa cepat, dia dapat";
2.2 memastikan bahawa pembayaran dibuat pada masa yang ditetapkan;
2.3 dengan memaparkan Tarikh Pendaftaran dan maklumat yang diberikan oleh Pedaftar (Registrant) kepada .my DOMAIN REGISTRY dalam borang pemohonan atau dalam sebarang notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Registrant) ( menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY ) dari masa ke semasa, seperti nama domain yang berkaitan, nama Pedaftar, nombor telefon, nombor faksimile, alamat e-mel dan butiran penghubung (Technical dan Billing) oleh .my DOMAIN REGISTRY dalam pangkalan data yang boleh dicapai oleh pihak umum;
2.4 bahawa Pedaftar (Registrant) tidak memiliki nama domain yang telah didaftarkan;
2.5 untuk memberi dan memastikan .my DOMAIN REGISTRY dikemaskinikan dengan maklumat yang lengkap, betul dan tepat pada sepanjang masa;
2.6 bahawa ia tidak menjadi tugas atau tanggungjawab .my DOMAIN REGISTRY untuk melindungi nama domain yang dikehendaki untuk memastikan sama ada Pedaftar (Registrant) layak untuk mendaftar atau mempunyai sebarang hak terhadap nama domain atau sama ada nama domain tersebut telah melanggar hak-hak pihak ketiga;
2.7 untuk terikat dengan polisi resolusi pertikaian nama domain .my DOMAIN REGISTRY yang diterima pakai dalam menyelesaikan sebarang pertikaian antara pihak-pihak yang berkaitan melalui versi semasa yang boleh didapati di dalam laman web .my DOMAIN REGISTRY, mengenai hak-hak untuk mendaftar dan menggunakan nama domain tersebut;
2.8 bahawa sebarang pertikaian antara pihak mengenai hak untuk menggunakan satu nama domain yang telah berdaftar perlu diselesaikan dengan pihak lawan tanpa melibatkan .my DOMAIN REGISTRY sebagai pihak dalam keadaan tersebut, sama ada dimulakan menurut polisi resolusi pertikaian nama domain, tindakan undang-undang atau sebaliknya; dan
2.9 dan jika .my DOMAIN REGISTRY dinamakan oleh Pedaftar (Registrant) sebagai salah satu pihak di dalam mana-mana tindakan undang-undang, .my DOMAIN REGISTRY berhak untuk menggantung nama domain tersebut sehingga kesimpulan diperolehi.
3. Pedaftar (Registrant) mewakili dan menjamin bahawa:
3.1 Pedaftar (Registrant) adalah seseorang atau sesebuah organisasi (jika berkenaan) yang mana menepati ciri-ciri kelayakan untuk mendaftar nama domain seperti yang dinyatakan di dalam Dokumen Sokongan;
3.2 Ia adalah tanggungjawab Pedaftar (Registrant) untuk memastikan kesesuaian seseorang untuk bertindak sebagai Administrative Contact, Technical Contact dan Billing Contact seperti dinyatakan di dalam borang pemohonan atau di dalam sebarang notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Registrant) ( menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY ) dari masa ke semasa;
3.3 nama domain yang dipohon tidak akan melanggar mana-mana tanda dagang yang telah berdaftar atau belum berdaftar atau mana-mana harta intelek hak-hak pihak ketiga;
3.4 semua maklumat di dalam borang permohonan .my DOMAIN REGISTRY yang diserahkan kepada .my DOMAIN REGISTRY adalah lengkap, betul dan tepat setakat tarikh penyerahan borang permohonan dan kekal untuk dikemaskini sepanjang masa;
3.5 nama domain yang dipohon adalah yang tiada skandal, tidak senonoh, lucah atau menyakitkan hati, sama ada secara langsung atau tidak langsung;
3.6 pendaftaran atau penggunaan nama domain adalah bukan untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang dan/atau melanggar peraturan, dan tidak melanggar hak mana-mana pihak;
3.7 kerajaan (jika berkenaan) telah memberi kebenaran, lesen dan/atau persetujuan, untuk nama atau nama domain tersebut, dan
3.8 nama domain yang dipohon adalah sah dan mematuhi semua undang-undang yang diterima pakai yang berkaitan.
4. Bayaran dan Invois
4.1 Semua Bayaran yang berkaitan dengan nama domain adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Bayaran.
4.2 Semua Bayaran tidak boleh dikembalikan.
4.3 Semua invois akan dihantar ke Billing Contact, yang akan menerimanya bagi pihak Pedaftar (Registrant), dan cara tersebut (sama ada melalui pos, faksimile atau e-mel) seperti yang dinyatakan di dalam borang pemohonan atau dalam mana-mana notis yang berhubungan dengan .my DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Registrant) ( menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY ) dari masa ke semasa.
4.4 Sekiranya bayaran tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam Jadual Bayaran, .my DOMAIN REGISTRY berhak untuk,
4.4.1 menggantung nama domain yang didaftar oleh Pedaftar (Registrant) dan Pedaftar (Registrant) hendaklah membayar bayaran tambahan bagi pengembalian semula nama domain tersebut; dan/atau
4.4.2 menamatkan nama domain yang didaftarkan oleh Pedaftar (Registrant) dan .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak tunggal dan budi bicara untuk memaparkan kepada umum tentang nama domain yang telah ditamatkan. Sekiranya Pedaftar (Registrant) ingin mendaftar semula nama domain yang telah ditamatkan, Pedaftar (Registrant) hendaklah menghantar pemohonan baru.
4.5 .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak untuk mengenakan pembayaran lewat yang munasabah ke atas sebarang bayaran lewat.
5. Hak-hak .my DOMAIN REGISTRY:
5.1 Mempunyai hak untuk menolak sebarang pemohonan nama domain untuk didaftarkan tanpa memberi sebarang sebab;
5.2 Tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kandungan atau sebarang penggunaan yang berkaitan dengan nama domain Pedaftar (Registrant) tersebut;
5.3 Tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan sebarang nama domain yang melanggar sebarang tanda dagang yang didaftarkan atau tidak didaftarkan, atau sebarang hak dalam membentuk nama domain tersebut dalam sebarang konteks yang lain.
5.4 Mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan nama domain dan menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Pedaftar (Registrant) sekiranya --
5.4.1 Wakil Pendaftar dan waranti seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 tidak dipatuhi;
5.4.2 Bayaran tidak dibuat menurut seksyen 4.4;
5.4.3 .my DOMAIN REGISTRY mendapati sebarang maklumat yang diberikan kepada .MY DOMAIN REGISTRY oleh Pedaftar (Registrant) termasuk Administrative Contact, Technical Contact dan Billing Contact adalah tidak lengkap, tidak betul atau tidak tepat;
5.4.4 .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak tunggal dan pendapat mutlak untuk menyatakan bahawa nama domain atau penggunaan nama domain tersebut adalah tidak dikehendaki;
5.4.5 .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak tunggal dan pendapat mutlak untuk menyatakan bahawa pendaftaran nama domain telah diperolehi berdasarkan kepada atau melibatkan peruntukan palsu atau penyataan keliru; atau
5.4.6 Pedaftar (Registrant) melanggar sebarang terma dan syarat Perjanjian ini atau sebarang peraturan, polisi dan prosedur .my DOMAIN REGISTRY, seperti yang mungkin dipinda atau ditambah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa.
5.5 Mempunyai hak untuk menamatkan atau memindahkan nama domain tersebut dan menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, dalam mematuhi sebarang keputusan yang dibuat menurut polisi resolusi pertikaian nama domain diterima pakai yang berkaitan, Akta Penimbangtaraan 2005 atau Peraturan Penimbangtaran bagi Pusat Penimbangtaraan Serantau Kuala Lumpur, atau arahan mahkamah, mengikut mana-mana keadaan, dan
5.6 Mempunyai hak untuk memaparkan nama domain tersebut kepada pihak umum sebaik sahaja penamatannya.
5.7 Walau apa pun seperti yang terdapat di dalam Perjanjian ini, Pedaftar (Registrant) bersetuju dan adalah menjadi syarat Perjanjian bahawa .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak, di antaranya untuk mengakaskan (reverse) atau menggantung atau menamatkan pendaftaran nama domain sekiranya difikirkan perlu oleh .my DOMAIN REGISTRY untuk berbuat sedemikian, tanpa memberikan sebarang sebab dan/atau notis.
6. Penamatan oleh Pedaftar (Registrant)
Pedaftar (Registrant) boleh menamatkan Perjanjian ini dengan .my DOMAIN REGISTRY dengan menghantar borang pemohonan semasa yang berkaitan, untuk memindah atau menamatkan nama domain menurut prosedur yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY.
7. Penolak Tuntutan
7.1 Pedaftar (Registrant) bersetuju bahawa .my DOMAIN REGISTRY tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan, liabiliti, kerugian, kos, bayaran dan perbelanjaan yang terlibat atau berkaitan dengan pendaftaran, pemohonan, penamatan penggantungan, pemindahan, pemindahan balik dan/atau penggunaan nama domain Pedaftar (Registrant), atau gangguan terhadap perniagaan, atau sebarang gangguan secara langsung, secara tidak langsung, khusus, sampingan atau akibat langsung terhadap apa-apa jenis (termasuk kerugian dalam keuntungan) tanpa menghiraukan jenis tindakan, punca tindakan tersebut, guaman dan tuntutan dan permintaan sama ada dalam undang-undang kontrak, salah laku termasuk kecuaian (tort), atau dalam hal lain, walaupun .my DOMAIN REGISTRY telah dinasihati tentang kemungkinan kerosakan tersebut. Walau apa pun, sekiranya .my DOMAIN REGISTRY didapati bertanggungjawab di bawah Perjanjian ini tanpa mengira liabiliti, agregat .my DOMAIN REGISTRY di bawah terma dan syarat Perjanjian ini atau sebaliknya (termasuk kecuaian) tidak melebihi jumlah kumulatif bayaran yang dibayar oleh Pedaftar (Registrant).
7.2 Pedaftar (Registrant) bersetuju bahawa semua syarat dan waranti yang tersirat sebaliknya di dalam Perjanjian ini dikecualikan sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
8. Tanggung Rugi
Pedaftar (Registrant) bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi.my DOMAIN REGISTRY, terhadap sebarang dan semua tindakan, punca tindakan, tindakan guaman, tuntutan dan permintaan terhadap apa-apa jenis selain daripada dan terhadap apa-apa dan semua kerosakan, liabiliti, kerugian, bayaran dan perbelanjaan termasuk bayaran sah yang munasabah akibat daripada pelanggaran terma dan syarat Perjanjian ini oleh Pedaftar (Registrant), yang mungkin diubah dan ditambah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke masa, dan/atau tindakan lain atau kelalaian dari Pedaftar (Registrant), sama ada secara sengaja atau tidak, berkaitan dengan nama domain.
9. Serahhak
Pedaftar bersetuju terhadap .my DOMAIN REGISTRY dengan menyerah hak dan kewajipan .my DOMAIN REGISTRY yang terkandung dalam dokumen ini sekiranya pemegang serahhak bersetuju untuk terikat atau menganggap kewajipan yang dikenakan oleh .my DOMAIN REGISTRY dalam dokumen ini. Pedaftar (Registrant) tidak boleh menyerah hak dan kewajipan Pedaftar (Registrant) yang terkandung dalam dokumen ini kepada pihak lain.
10. Notis
Kecuali yang dinyatakan sebaliknya di dalam Perjanjian ini, sebarang notis yang berkaitan dengan Perjanjian dalam dokumen ini hendaklah dianggap bahawa ia dapat disampaikan jika diserahkan dengan tangan, dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau e-mel; kepada pihak yang berkenaan berdasarkan alamat pos terakhir yang diketahui. Notis akan berkuat kuasa sekiranya:
10.1 dengan serahan tangan, sebaik sahaja yang diakui terima oleh pihak penerima atau pekerja yang diberi kuasa, wakil atau agen; atau
10.2 dihantar melalui Pos Berdaftar, pada hari kelima (5) selepas pengeposan; atau
10.3 dihantar melalui faksimili atau e-mel, apabila alat penghantaran mengesahkan penghantaran notis seperti yang diterangkan melalui rekod penghantaran.
11. Pindaan
Terma dan syarat dalam dokumen ini tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa oleh .my DOMAIN REGISTRY tanpa sebarang notis bertulis terlebih dahulu, kecuali sebaliknya dinyatakan, kepada Pedaftar (Registrant) dan terma dan syarat yang telah disemak akan mengikat Pedaftar (Registrant) bermula dari tarikh perubahan tersebut dikuatkuasakan.
12. Undang-undang Pentadbiran dan Bidang Kuasa
Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pedaftar (Registrant) serta .my DOMAIN REGISTRY patuh kepada bidang kuasa Mahkamah di Malaysia.
13. Lain-lain
13.1 Tiada Pelepasan. Tiada kegagalan atau penangguhan dalam mana-mana bahagian bagi .my DOMAIN REGISTRY dalam melaksanakan atau apa-apa pengabaian untuk melaksanakan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi di dalam Perjanjian ini terhadap apa-apa keingkaran dalam bahagian pihak lain akan mengurangkan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tersebut atau disifatkan sebagai pelepasan dalam dokumen ini atau apa-apa keakuran dalam keingkaran tersebut; begitu juga apa-apa tindakan oleh mana-mana pihak berkaitan ingkar, terjejas atau kekurangan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi pihak lain yang berkaitan dengan mana-mana yang lain atau ingkar berikutnya.
13.2 Kebolehasingan. Sekiranya terdapat sebarang peruntukan dalam Perjanjian ini diputuskan tidak mematuhi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut boleh diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah dianggap dan berkuatkuasa seakan-akan peruntukan tidak mematuhi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripadanya dan peruntukan yang tinggal hendaklah tetap berkuat kuasa dan berkesan dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang tidak mematuhi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh berkuat kuasa atau oleh pemutus dalamnya.
13.3 Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini (termasuk peraturan, polisi dan prosedur .my DOMAIN REGISTRY yang diterima pakai), seperti yang dipinda dan ditambah oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa, mengandungi keseluruhan pemahaman antara pihak Pedaftar (Registrant) dengan .my DOMAIN REGISTRY berkaitan dengan subjek dan menggantikan semua perjanjian atau pemahaman yang terdahulu, dorongan atau syarat, tersurat atau tersirat, lisan atau bertulis antara kedua-dua belah pihak.
Perjanjian ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh .my DOMAIN REGISTRY dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.