168557
 Utama :: Penyelesaian Pertikaian

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

MYDRP  »   Soalan Am


 Apakah yang dimaksudkan dengan pertikaian nama domain?

Nama domain yang dipertikaikan ialah pertikaian yang berlaku antara pendaftar ("Responden") nama domain dengan pihak yang lain ("Pengadu") mengenai siapakah yang lebih berhak terhadap pendaftaran dan/atau penggunaan nama domain tersebut yang menjadi persoalan.


 Apakah yang dimaksudkan mengenai MYDRP?

MYDRP ialah proses pentadbiran yang dicipta untuk memberikan satu penyelesaian yang mudah, cepat dan mampu ditanggung kosnya bagi pertikaian nama domain .my. MYDRP mengawal terma dalam menyelesaikan suatu pertikaian antara pihak Responden dalam domain .my dengan Pengadu terhadap pendaftaran pihak responden dan/atau penggunaan sesuatu nama domain.

Apabila pihak pengadu boleh membuktikan dengan jayanya (1) nama domain yang dipertikaikan adalah sama/serupa terhadap cap dagang atau cap perkhimatan yang dimiliki oleh Pengadu dan (2) bahawa pendaftaran dan/atau pengunaan nama domain dalam "niat jahat" oleh pihak Responden, pendaftaran nama domain yang dipertikaikan akan dipindahkan kepada pihak pengadu atau dibatalkan.

Empat dokumen ialah:

 • Polisi Penyelesaian Pertikaian Nama Domain dalam .my DOMAIN REGISTRY;

 • Polisi Penyelesaian Pertikaian Nama Domain dalam .my DOMAIN REGISTRY - Peraturan;

 • Peraturan Tambahan Pusat Penimbangtaraan Serantau Kuala Lumpur terhadap Polisi Penyelesaian Pertikaian Nama Domain .my DOMAIN REGISTRY;

 • Jadual Bayaran Pusat Penimbangtaraan Serantau Kuala Lumpur.

Anda juga oleh merujuk kepada
carta aliran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses MYDRP.


 Apakah peranan yang dimainkan oleh .my DOMAIN REGISTRY dalam proses penyelesaian pertikaian?

.my DOMAIN REGISTRY tidak memainkan peranan dalam proses penyelesaian pertikaian selain untuk menguatkuasakan keputusan yang diserah kepada .my DOMAIN REGISTRY oleh Pembekal mengikut Polisi dan Peraturan MYDRP.

 Apakah dimaksudkan dengan "niat jahat" dalam konteks pendaftaran atau penggunaan suatu nama domain?

Dalam menghantar aduan mengenai nama domain, Pengadu mestilah membuktikan bahawa Responden berdaftar tersebut dan/atau menggunakan suatu nama domain dengan niat jahat. Contoh niat jahat termasuk pendaftaran atau penggunaan nama domain oleh Responden untuk menjual nama domain tersebut kepada Pengadu bertujuan mengaut keuntungan, atau pendaftaran atau penggunaan nama domain tersebut bertujuan untuk mengganggu perniagaan pihak Pengadu.

Sebagai balasannya, pihak Responden boleh mempertahankan penggunaan nama domainnya, dengan menetapkan kepentingan hak dan keesahan dalam nama domain, sebagai contoh, fakta bahawa pihak Responden telah dikenali umum dengan penggunaan nama domain tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada perenggan 6.1 & 7.2 (undang-undang MYDRP).