- - - - -
 Utama :: Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

Nama Domain  »   Perkhidmatan Whois


1. Apakah Perkhidmatan Whois .my DOMAIN REGISTRY?

Perkhidmatan Whois .my DOMAIN REGISTRY ialah kemudahan dalam talian untuk memeriksa maklumat nama domain .my yang telah didaftarkan. .my DOMAIN REGISTRY telah menambah beberapa carian untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat.

Maklumat Perkhidmatan Whois dapat dicapai melalui:

  • laman web .MY DOMAIN REGISTRY; atau

  • port 43


2. Bagaimanakah membuat carian dengan menggunakan Perkhidmatan Whois?

Sila rujuk fasiliti Help yang disediakan di Perkhidmatan Whois .my DOMAIN REGISTRY.

Pengguna yang membuat carian menggunakan port 43 boleh mencapai fasiliti Help dengan menaip "whois -h whois.domainregistry.my #h" dengan menggunakan perisian pelanggan (client) Whois.


3. Apakah maklumat yang disediakan dalam Perkhidmatan Whois?

Jenis-jenis carian yang disediakan adalah:

 

1. Carian melalui Nama Domain

Untuk nama domain peribadi,maklumat berikut akan disenaraikan:

  *Catatan: Sesetengah maklumat Contact adalah terhad bagi tujuan privasi.

Untuk semua nama domain lain, maklumat berikut akan disenaraikan:

 

2. Carian melalui Nama Pedaftar (Registrant)

  • Nama Pedaftar (Registrant)
  • Kod Pedaftar (Registrant)
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

 

3. Carian melalui Kod Pedaftar (Registrant)

  • Maklumat lengkap Pedaftar (Registrant) (nama dan nombor pendaftaran organisasi, alamat, tel., faks)
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

 

4. Carian melalui Kod Contact

Untuk nama domain peribadi:

  • Maklumat Contact (nama,alamat e-mel)
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

Untuk nama domain lain:

  • Maklumat Contact (nama, nama organisasi, alamat e-mel, tel., faks)
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

 

5. Carian melalui nama hos bagi Pelayan Nama

  • Nama hos bagi Pelayan Nama
  • Alamat IP
  • Kod Pelayan Nama
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

 

6. Carian melalui Kod Pelayan Nama

  • Nama hos bagi Pelayan Nama
  • Alamat IP
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

 

7. Carian melalui alamat IP

  • Nama hos bagi Pelayan Nama
  • Kod Pelayan Nama
  • Tarikh akhir rekod tersebut dikemaskini

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya maklumat saya tidak betul / tidak dikemaskini?

Semua pengguna hendaklah memastikan maklumat nama domain .my mereka adalah betul dan dikemaskini pada setiap masa.

Anda boleh mengemaskini maklumat tersebut melalui borang dalam talian yang disediakan oleh .my DOMAIN REGISTRY di sini.