168208
 Utama :: Jadual Pembayaran

JADUAL PEMBAYARAN

Yuran Pendaftaran Baru

Kategori
Harga Maksimum*
Saluran Pembayaran**
.my
RM120.00
Wakil Jualan / .my DOMAIN REGISTRY
.com.my
.org.my
.net.my
RM80.00
Wakil Jualan / .my DOMAIN REGISTRY
.gov.my
.edu.my
.mil.my
RM80.00
Wakil Jualan / .my DOMAIN REGISTRY
.name.my
RM32.00
Wakil Jualan / .my DOMAIN REGISTRY

Nota:

* Harga yang dipaparkan adalah harga maksimum tetapi ia mungkin berbeza di kalangan Wakil Jualan.

** Saluran Pembayaran bergantung pada pihak penginbois (invoicing party) nama domain tersebut. Bagaimanapun, sekiranya pihak penginbois nama domain tersebut ialah .my DOMAIN REGISTRY, pembayaran masih boleh dibuat melalui Wakil Jualan .my DOMAIN REGISTRY.

Kesemua bayaran adalah sekali bayar, tidak boleh dipulangkan dan mesti dibayar semasa pendaftaran.


Yuran Pembaharuan

Kesemua pemilik nama domain dikehendaki membayar yuran pembaharuan pada masa yang ditetapkan kepada Pihak Penginbois (Invoicing Party) mereka atau mereka berisiko kehilangan nama domain. Yuran yang tidak boleh dipulangkan ini hendaklah dibayar pada ulang tahun pengaktifan nama domain tersebut.

.my DOMAIN REGISTRY akan menghantar e-mel pemberitahuan pembaharuan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh tamat tempoh. Sekiranya pembayaran tidak diterima dalam masa 30 hari selepas tarikh inbois dikeluarkan, nama domain akan digantung. Tempoh penggantungan adalah selama 14 hari dan pembayaran mungkin dibuat untuk mengaktifkan semula nama domain. Sekiranya pembayaran masih juga belum diterima selepas tempoh penggantungan, nama domain akan ditamatkan dan akan dibuka kepada umum.

.my DOMAIN REGISTRY berhak untuk menyemak Struktur Yuran dari masa ke masa. Semakan Struktur Yuran akan diumumkan di sini dalam laman web .my DOMAIN REGISTRY.


Bagaimana Untuk Membayar

Sila bayar kepada Pihak Penginbois tepat pada masanya. (Untuk maklumat lanjut mengenai Pihak Penginbois, sila guna Perkhidmatan Whois kami).

Jika Pihak Penginvois anda ialah .my DOMAIN REGISTRY, anda boleh memilih cara-cara pembayaran berikut:


Pembayaran Online

Cara paling mudah bagi anda adalah dengan membayar melalui sistem pembayaran online kami.


Pembayaran Melalui CIMB Clicks

Kini anda boleh membuat pembayaran nama domain melalui CIMB Clicks di http://www.cimbclicks.com.my .

Pastikan anda memasukkan nombor pendaftaran nama domain (cth. D********) dengan tepat, untuk mengelakkan pembayaran anda ditolak.

Sila fakskan salinan slip transaksi yang berkaitan dan simpan resit sebagai bukti pembayaran.


Pembayaran Melalui maybank2u.com

Sila ikuti langkah-langkah berikut:-

  • Layari http://www.maybank2u.com
  • Klik ‘Accounts & Banking
  • Klik ‘Bill Payment
  • Klik ‘Make a one-off payment
  • Pilih ‘Computer & Software & Internet Services’ di bawah ‘View all payees by category
  • Pilih ‘MYNIC Berhad’ untuk membuat pembayaran

Pastikan anda memasukkan Nombor Pendaftaran Nama Domain (cth. D********) dengan tepat, untuk mengelakkan pembayaran anda ditolak.

Anda dinasihatkan untuk menghantar arahan anda bersama-sama resit pembayaran melalui faks atau emel kepada kami:

  • Sekiranya anda ingin nama domain anda dikemaskini dengan segera: ATAU
  • Sekiranya pembayaran dibuat untuk lebih daripada satu nama domain.


Pembayaran di Maybank Berhad

Anda boleh membuat pembayaran di mana-mana cawangan Maybank Berhad. Sila bayar ke dalam akaun kami seperti yang tertera di bawah:

Dibayar kepada: MYNIC

Nama Bank: Maybank Berhad

Alamat Bank: MBB Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Nombor Akaun Bank: 514413402893

Kod Swift Bank/ABA: MBBEMYKL

Pastikan anda menulis Nombor Pendaftaran MYNIC nama domain anda (cth: D********) di bahagian No. Rujukan/Reference No. Bahagian ini wajib diisi bagi mengelakkan pembayaran anda ditolak.

Sila faks salinan slip transaksi berkaitan kepada kami.

Sekiranya pembayaran anda melibatkan lebih daripada satu nama domain, sila faks atau e-mel kepada kami arahan anda dengan segera.


Kiriman Pos / Kurier

.my DOMAIN REGISTRY menerima cek berpalang, kiriman wang dan wang pos secara Kiriman Pos / Kurier

* Sila bayar kepada MYNIC.

* Tulis Nombor Pendaftaran MYNIC atau nama domain di bahagian belakang cek/kiriman wang/wang pos.

* Kepilkan salinan inbois bersama dengan bayaran.

* Hantarkan ke alamat berikut:

MYNIC Berhad

Unit 3.2 & 4, Level 3, Block C

Mines Waterfront Business Park

No.3, Jalan Tasik, Mines Resort City

43300 Seri Kembangan

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Satu e-mel pemberitahuan akan dihantar kepada setiap Billing Contact apabila pembayaran telah dikemas kini untuk nama domain tersebut.

Administrative Contact dan Billing Contact boleh mencetak salinan resit secara dalam talian dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan.


PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantar e-mel kepada billing@mynic.my  atau telefon +603-8991 7272 pada waktu kerja.

Sila ambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

•    Pastikan sekiranya anda menghantar cek, wang pos atau kiriman wang, ia mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk diselesaikan.

•    .my DOMAIN REGISTRY berhak mengenakan caj pembayaran lewat yang berpatutan terhadap kelewatan pembayaran yuran.

•    Sekiranya Pemohon (registrant) ingin mendaftar nama domain yang tidak didaftarkan lagi, Pemohon mesti menyerahkan permohonan baru.

•    Sila ambil perhatian bahawa semua resit .my DOMAIN REGISTRY yang dikeluarkan adalah ditangguhkan sehinggalah kelulusan rasmi dari bank yang berkenaan.