168557
 Utama :: Nota Penting

NOTA PENTING

  • Pedaftar (Registrant) bertanggungjawab terhadap kesempurnaan dan ketepatan SEMUA maklumat yang dinyatakan dalam borang permohonan nama domain termasuk konfigurasi pelayan nama dan operasi. .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak untuk membatalkan atau menamatkan nama domain tersebut pada bila-bila masa tanpa notis bertulis terlebih dahulu kepada Pedaftar (Registrant) sekiranya .my DOMAIN REGISTRY mendapati mana-mana maklumat yang disediakan dalam borang tidak lengkap, tidak betul dan tidak tepat. .my DOMAIN REGISTRY tidak akan dalam apa-apa cara terlibat atau bertanggungjawab terhadap konfigurasi dan operasi pelayan nama Pedaftar (Registrant).

  • Penyerahan Borang Pendaftaran Nama Domain hanya SELEPAS pautan Internet anda berlaku dan pelayan nama telah dikonfigurasikan bagi nama domain yang akan didaftarkan. Sila pastikan yang pelayan nama anda boleh dicapai bagi pertanyaan DNS, iaitu pelayan nama hendaklah aktif dan responsif terhadap pertanyaan DNS SEBELUM permohonan ini diserahkan. Jangan senaraikan pelayan nama dalam borang tanpa kelulusan yang jelas daripada pemilik mereka.

  • Anda mungkin ingin merujuk Garis Panduan Konfigurasi Pelayan Nama kami untuk maklumat terperinci berhubung dengan aktiviti-aktiviti konfigurasi pelayan nama.

  • Nama domain didaftarkan berdasarkan "siapa cepat, dia dapat".

  • .my DOMAIN REGISTRY ialah penimbang tara tunggal (sole arbiter) bagi pelanggaran pemilihan nama domain. Bagaimanapun, selagi hak pihak ketiga dipertimbangkan, bukan menjadi tugas dan tanggungjawab .my DOMAIN REGISTRY untuk melindungi nama domain yang diminta bagi menentukan sama ada kegunaan nama domain oleh Pedaftar (Registrant) boleh melanggar hak(-hak) pihak ketiga.

  • Dengan memohon nama domain, Pedaftar (Registrant) memperakui bahawa, kegunaan nama domain ini tidak melanggar tanda dagang Malaysia, harta intelek, atau undang-undang lain, dan nama domain itu tidak didaftarkan bagi mana-mana aktiviti yang tidak dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia.

  • Apa-apa pertikaian nama domain diantara mana-mana pihak terhadap hak kegunaan nama domain, hendaklah diselesaikan antara pihak-pihak bersaing dengan menggunakan kaedah undang-undang sedia ada. .my DOMAIN REGISTRY tidak bertindak sebagai penimbang tara (arbiter) pertikaian.

  • Bagi pertikaian nama domain yang melibatkan tanda dagang, hal ini diurus oleh Polisi Resolusi Pertikaian Nama Domain (MYDRP). Sila klik di sini untuk Soalan Lazim tentang MYDRP.

  • Untuk maklumat lanjut bagi yuran dan pembayaran lain tentang nama domain, sila rujuk Jadual Pembayaran.