Untuk membuat modifikasi terhadap nama domain peribadi, sila klik di sini. Peraturan dan prosedur ini hanya berlaku
apabila anda ingin mengubahsuai rekod nama domain, contohnya, menukar
nombor telefon atau menggantikan 'Contact
Person'.
Jika anda ingin mengubahsuai ejaan nama domain anda, anda mesti
mendaftar nama sebagai nama domain yang baru. Sila lihat Mendaftar Nama Domain. Anda juga mesti
memadamkan nama domain semasa. Sila lihat Penamatan Nama Domain. Yuran
pendaftaran yang baru akan dikenakan dan pembayaran tidak boleh
dipindahkan. Bagaimanapun, jika anda mengubahsuai nama domain anda
untuk pertukaran nama yang sah, peraturan dan prosedur ini diterima
pakai.
Jika anda ingin memindahkan nama domain ke organisasi lain, sila
lihat Memindahkan Nama Domain.
Pengemaskinian rekod nama domain hanya boleh dilakukan secara dalam
talian.
Permohonan pengemaskinian hanya boleh dilakukan oleh
Administrative Contact, Technical Contact dan/atau Billing Contact
seperti yang direkodkan dalam pangkalan data .my DOMAIN REGISTRY.
'Contact Person' perlu
memasukkan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang
betul untuk mengakses borang permohonan.
Proses Pengemaskinian
Pengemaskinian yang dipohon oleh 'Contact
Person' akan diproses
secara automatik oleh sistem kecuali bahagian-bahagian yang ditetapkan.
- Berikut adalah rekod-rekod yang boleh dikemaskini oleh Administrative Contact:
- Menukar Kata Laluan.
- Melantik Administrative Contact baru. Administrative Contact baru mestilah kakitangan daripada Pedaftar (Registrant) atau organisasi yang sama, yang diberi kuasa untuk berurusan bagi pihak Pedaftar (Registrant)
- Melantik Billing Contact baru
- Melantik Technical Contact baru
- Melantik Invoicing Party baru
- Mengemaskini rekod Administrative Contact. Maklumat yang boleh dikemaskini ialah nama, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel.
- Mengemaskini rekod Pedaftar (Registrant). Maklumat yang boleh dikemaskini ialah alamat, nombor telefon dan nombor faks.
- Pengemaskinian Separa Automatik
- Mengemaskini nama Pedaftar (Registrant). Permohonan ini boleh dilakukan oleh Pedaftar (Registrant) yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Persatuan 1966. Pemohon mesti menyediakan dokumen sokongan untuk mengesahkan permohonan.
- Berikut adalah rekod-rekod yang boleh dikemaskini oleh Technical Contact:
- Menukar Kata Laluan
- Mengemaskini rekod Technical Contact. Maklumat yang boleh dikemaskini ialah nama, alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel.
- Menukar rekod Pelayan Nama Utama dan Kedua. Permohonan ini adalah untuk menukar maklumat Nama Pelayan Utama dan Kedua yang baru.
- Menambah Pelayan Nama Kedua
- Memansuhkan Pelayan Nama Kedua
- Pengemaskinian Separa Automatik
- Mengemaskini alamat IP Pelayan Nama Utama/Kedua. Permohonan ini adalah untuk mengemaskini alamat IP sahaja dan bukannya Nama Pelayan.
- Berikut adalah rekod-rekod yang boleh dikemaskini oleh Billing Contact:
- Menukar Kata Laluan
- Mengemaskini rekod Billing Contact. Maklumat yang boleh dikemaskini ialah nama, alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel.
- Melantik Invoicing Party baru